Monday, June 20, 2011

Jalan Cuti Semester


Assalamualaikum WBT…

Masa first cuti semester hari itu, Pelangi ikut kawan Pelangi merangkap roommate pulang ke kampung halamannya kat Banting. Best sangat bercuti kat sana. Teringat pula kat anak-anak sedara dia yang coomelll 2 (love u all). Masa hari kedua Pelangi kat rumah dia, kami pegi pusing-pusing Banting. Nak tengok.. So ape lagi jom layan!!!











Thank to my lovely roommate coz bawa Pelangi pusing-pusing Bandar Banting n masakan makanan kesukaan Pelangi, Ketupat Nasi + Kuah Kacang + Sambal Tempe…  Big smile 4 u (^____^)

Thursday, June 16, 2011

Selamat Hari Bapa.. Ayah…


Assalamualaikum WBT..

Sayangku blog..
Setiap hari Pelangi akan pergi dan pulang dari pejabat tempat Pelangi membuat latihan industri melalui jalan belakang kampung Pelangi kerana jalan tersebut merupakan jalan shortcut Pelangi ke pejabat. Lagipun ikut jalan shortcut ni senang sebab tak banyak kenderaan atau mudah kata tak sesak dan Pelangi suka suasana sepanjang jalan shortcut ni sebab dikelilingi oleh sawah padi yang mendamaikan, almaklumlah jalan kampung nama pun.. hihi..  

Panjang lebar pula Pelangi bercerita pasal jalan shortcut hingga terpesong dari apa yang nak Pelangi coretkan.. Sebenarnya Pelangi nak cerita suatu petang semasa Pelangi dalam perjalanan pulang dari pejabat ikut jalan belakang nie.. Pelangi ternampak satu peristiwa yang Pelangi rasa Pelangi nak berkongsi dengan blog.. seperti biasa semasa Pelangi pulang sambil relex-relex atas motosikal yang Pelangi pinjam dari abang ipar Pelangi (terima kasih abang bagi pinjam motoikal untuk Pelangi pergi kerja) sambil menyanyikan lagu “Tanya Sama Pokok”, Pelangi ternampak seorang Pakcik yang sedang menggalas mesin racun di belakangnya.. Pelangi memerhati Pakci tu dan tiba-tiba Pelangi terkejut kerana Pakcik tu tiba-tiba terjatuh kerana tersalah pijak batas sawah yang kecil (batas sawah dah la kecil ditambah bebanan di atas belakang pakcik tu pasti kalau tersalah pijak akan terjatuh). 

Pada ketika itu, pelangi memperlahankan kelajuan motosikal pelangi yang kebiasaannya pelangi akan memulaskan kepada 60/1 km kepada 20/1 km. Hal ini kerana pada saat ketika pelangi melihat pakcik tu jatuh dan mencuba untuk bangun, fikiran Pelangi terus teringatkan ayah Pelangi yang mungkin pada masa yang sama sedang berada di sawah juga. Pelangi terfikir bagaimanakah keadaannya sekiranya ayah Pelangi yang mengalami kejadian tersebut. Ayah merupakan seorang pesawah. Ayah mengerjakan sawah untuk membesarkan pelangi dan adik berdik pelangi setelah ayah pencen. Tentu ayah berhempas pulas bekerja di sawah padi untuk mencari rezeki buat keluarganya. 

Kejadian terebut mengingatkan Pelangi betapa besarnya pengorbanan seorang bapa mencari rezeki untuk menyara keluarganya, memberi isteri dan anak-anak makan, minum, perlindungan, pendidikan dan sebagainya. Dan Pelangi juga terfikir apakah yang telah Pelangi buat untuk membalas jasa ayah? Sebagai seorang anak Pelangi akan cuba untuk membalas dan menjaga ayah selagi Pelangi mampu kerana itu merupakan tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapa yang telah menjaga dan membesar mereka degan kasih sayang. Jadi Pelangi harap Pelangi dapat mambalas jasa ibu bapa Pelangi.. Insya Allah… 

‘Tiga... lapar dan dahaga Rela berpayahan setianya ayah….’ Lirik lagu dari Aris Ariwatan tentang jasa seorang bapa.. Selamat Hari Bapa.. AYAH… Kami SAYANG Ayah!!



Jalan shortcut Pelangi untuk pergi dan pulang dari kerja.

>

~~Entri Pertama Pelangi~~


Assalamualaikum WBT…
Sayangku blog…
Tulisan ini merupakan entri pertama Pelangi untuk blog. Pelangi bukalah seseorang yang pandai menulis tapi Pelangi akan cuba untuk menulis untuk blog dan tujuan Pelangi adalah memperbaiki gaya tulisan Pelangi. Apa yang ingin Pelangi tuliskan adalah hanya untuk meluahkan isi hati Pelangi, berkongsi rasa Pelangi dan juga untuk meningkatkan lagi gaya penulisan Pelangi. Pelangi berharap blog dapat membantu Pelangi untuk meningkatkan lagi mutu penulisan Pelangi.. Insya-Allah… Cukuplah dulu coretan pertama Pelangi ini buatmu blog.. Kalau ada masa dan dengan izin Allah Pelangi akan bercoret lagi untuk mu blog...