Sunday, February 19, 2012

Batu Belah Batu Konkrik

Assalamualaikum WBT...

Sudah lama Pelangi tak memetik keyboard untuk blog nie. Sekarang nie Pelangi quite busy sebab this is my last semester and I need to complete my thesis. Huhuhu dah nak abis belajar dah.  But we left about my study sebab yang sebenar Pelangi nak cerita bukan pasal study tapi berkenaan dengan lagu. Pelangi dengar lagu nie sebab adik pelangi yang syorkan. Pada mulanya Pelangi macam pelik jer dengar lagu. Lagu apa la yang adik aku bagi nie huhuhu. Tapi bila Pelangi dengar berkali-kali baru Pelangi sedar akan lirik lagu "Batu Belah Batu Konkrik". Lirik yang penuh dengan sindiran terhadap budaya masyarakat sekarang yang lebih rela menggadai budaya dan pusaka demi mengejar kekayaan dunia semata-mata. Namun apa yang perlu kita ingat sebagai muda mudi zaman sekarang, harta yang kita ada bukanlah milik kita tapi kita cuma pinjam daripada anak cucu kita dan budaya kita sebagai orang Melayu dan Islam haruslah kita jaga sebab budaya mencerminkan bangsa iaitu kita sebagai bangsa Melayu yang penuh dengan adat dan kesopanan. So hayatilah lagu "Batu Belah Batu Konkrik" by Monoloque with Azlina Aziz..

No comments:

Post a Comment